Jus Avocado merupakan jus buah yang sememangnya enak dan berkhasiat. Buah avocado banyak digunakan untuk kecantikan dan kesihatan. Apa kata hari ini kita cuba resepi jus avocado. Ikuti panduan berikut untuk menghasilkan jus avocado coklat yang enak.
Bahan-bahan untuk jus avocado :
- 1 / 2 biji avocado - ambil isinya aje.
- 1 cawan dlm 250ml susu segar - boleh guna mana-mana susu segar yang anda gemari
- 2 sudu makan susu pekat
- 2 sudu makan gula
- coklat cair..
Cara buat jus avocado:
1. ambil isi avocado dan blender bersama susu segar, susu pekat dan gula
2. Boleh tambahkan lebih air megikut cita rasa kepekatan anda
3. Dalam gelas,, letakkan coklat cair di dinding gelas kemudian baru tuangkan jus tadi
4. Tambahkan ais ketul dalam minuman
siap untuk dinikmati..
0 comments:
Post a Comment