Maggi kari ketam amat popular di Negeri Kelantan, dan menu ini amat mudah didapati di restoran-restoran di segenap ceruk negeri Kelantan..Harganya yang taklah begitu mahal dan rasanya yang enak..menjanjikan satu kemestian jika berkunjung ke negeri Kelantan. Bagi Anda yang berada dirumah, bolehlah cubanya sendiri.
Bahan-bahan;
1 bungkus mi maggi Kari - nak yang pedas - beli yang kaww..
1-2 ekor ketam - pilih yang segar
2 -3 biji cili padi - dihiris
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih- dihiris
1 hirisan nipis halia- dihiris halus
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
3 cawan air
1 biji telur
Bahan-bahan untuk hiasan
Telur rebus - dibelah dua
Bawang goreng untuk hiasan
daun bawang - untuk hiasan
Cara menyediakannya;
1. Panaskan minyak dan kuali atau periuk- tumiskan bawang merah, putih dan halia, masukkan sedikit sos cili / cili giling, sos tomato dan perencah mi maggi kari. Kacau dan masukkan air - biarkan ianya mendidih.
2. Perlahankan api , kemudian masukkan telur , sayur (jika mahu), cili padi dan ketam - pastikan ketam sudah masak sebelum masukkan mi maggi.. masuk mi sekejap dan matikan api.
3. Kemudiankan hias dengan daun bawang, bawang goreng dan telur...
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete