Resepi Jus Nangka Madu
Bagi penggemar buah-buahan tempatan, apa kata kita cuba resepi jus buah nangka madu!. Bahan-bahan untuk menyediakan resepi ini agak senang dan murah. Bagi anda yang berada di Negeri Pahang, sememangnya kaya dengan buah nangka madu.
Bahan-bahan;
4 ulas nangka madu/ sebarang jenis nangka yg diinginkan
500 ml air masak sejuk
120 ml air gula / gula
ketulan ais (ice cube)
Susu cair
Cara-cara menyediakannya
1. Masukkan isi nangka, air, gula, ketulan ais dan sedikit susu cair bagi menambah rasa..yang enak.
2. Kisar kesemua bahan tadi - sebelum dihidangkan.
Senangkan! Selamat mencuba..
0 comments:
Post a Comment