Monday, March 3, 2014


BAHAN-BAHAN:

250gm daging kambing | dipotong dadu besar
60 gram beras Basmathi
1 biji bawang besar | dimayang halus
4 kuntum bunga cengkih
½ sudu teh serbuk buah pelaga
½ sudu teh serbuk jintan manis
½ sudu teh serbuk jintan putih
¼ sudu teh serbuk kunyit
500ml air
1 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
 
 
CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging ke dalam periuk bersama bawang, serbuk buah pelaga, bunga cengkih, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih.
2. Kemudian masukkan air ke dalam periuk. Rebuskan daging sehingga empuk. Angkat daging dan ketepikan.
3. Selepas itu, masukkan beras ke dalam periuk bersama air rebusan daging tadi. Jika perlu, tambahkan air. Masak dengan api perlahan.
4. Setelah itu, gaulkan dengan serbuk kunyit setelah air rebusan tersebut agak kering, lalu masukkan minyak masak dan garam secukup rasa ke dalamnya.
5. Hidangkan bersama daging yang direbus tadi dan Salad Arab. Sedia dinikmati.

0 comments:

Post a Comment