Bagi penggemar satay kajang ( Hj Samuri ), saya ingin berkongsi bagaimana untuk menyediakan satay kajang yang popular!,. Ikuti panduan dan tips yang disediakan bagi menghasilkan satay kajang yang menyelerakan..
Bahan-bahan untuk satay ayam
1 ekor ayam 2kg (dipotong 12 ketul)
5 Batang serai (diblendkan hingga halus)
½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus)
200 gram halia (diblendkan hingga halus)
300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)
50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)
30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)
50 gram kunyit (diblendkan hingga halus)
1 cawan gula pasir
5 camca teh garam
Ini dia pula bahan-bahan utk kuahnya
½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 stgh inci halia
5 tangkai cili kering
2 papan gula melaka
2 sudu asam jawa, diambil airnya.
Gula dan garam secukup rasa
Panduan untuk menyediakannya
1. Perap ayam (dengan bahan-bahan diatas) ..jangan perap terlalu lama- jangan lebih dari 12 jam. Selebihnya anda boleh simpan dalam peti ais bagi menjamin kualiti.
2. Satay yang telah diperap, kemudiannya dibakar dengan api yang sekata. Satay yang sedang dibakar, disapukan dengan air perapan dan minyak dengan berus dari batang serai yang diketuk.
3. Kipaskan bara api..dan pastikan api tidak terlalu marak..boleh hangus tauu..renjis air untuk mengelakkan hangus.
4. Satay yang telah masak, akan nampak luarnya ..berwarna kuning
5. Hidangkan bersama nasi himpit.
Cara membuat kuah
1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan semuanya dengan minyak.
2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar)
3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yg telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.
4. Didihkan campuran tadi.
5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.
7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay ayam.
8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala.
0 comments:
Post a Comment