Assalamualaikum, dan selamat bertemu kembali d blog pautan resepi. Kali ini pautan resepi akan berkongsi satu resepi masakan melayu turun temurun..iaitu telur itik masak lemak cili api dengan buah belimbing besi.
Bahan-bahan untuk menyediakan resepi ini;
1. 5 biji Telor itik
2. santan pekat ( 1 biji kelapa )
3. kunyit hidup ditumbuk halus
4. 5-7 biji cili padi- ditumbuk halus
5. 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
6. 6 ulas bawang merah - ditumbuk halus
7. 2 batang serai - dititik
8. Daun kunyit dihiris2 halus
9. Belimbing buluh dibelah dua
10. Sedikit garam.
Cara-cara menyediakannya;
Masukkan santan dalam periuk dan panaskan, masukkan juga bahan2 tumbuk, serai daun kunyit dan garam. Bila kuah dah mendidih, baru masukkan telor itik. Kecilkan api dan Kacau dengan perlahan agar telur itik tidak hancur.
0 comments:
Post a Comment