Monday, February 10, 2014

Pajeri Nenas merupakan masakan melayu tradisi yang istimewa kerana kuahnya yang pekat dan berempah lagi enak, merupakan sajian yang wajib dicuba!.

Bahan-bahan

1 biji Nenas - dikupas, dibuang kulit dan dipotong bulat
2 biji terung panjang - dibelah dua
2 biji cili merah - juga dibelah dua
2 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 tangkai bunga cengkih
2 biji buah pelaga
250 ml santan pekat
5 sudu makan gula
garam sedikit rasa
air secukupnya

Bahan-bahan ( kisar )

5 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan serbuk kari ikan

Cara menyediakannya

1.  Panaskan minyak di dalam periuk - tumiskan bahan seperti bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis. kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.

2. Masukkan sedikit air, biarkan seketika - kemudian masukkan nenas, terung, dan juga cili - renehkan sehingga ianya lembut ( jangan terlalu banyak mengacau , supaya buah tidak hancur)

3. Setelah itu masukkan santan , gula dan garam - masak sehingga kuah pajeri pekat..


hidangkan bersama nasi putih...

Selamat mencuba!




0 comments:

Post a Comment