Sunday, February 23, 2014


Musim panas yang melanda negara kita, sememangnya meninggalkan kesan kepada tubuh badan kita. Kita dinasihatkan agar banyak minum air bagi memulihkan sistem dalam badan. mmmm tak lupa juga bagi anda yang sukakan minuman ais, apa kata cuba sendiri air soya cincau.

Bahan-bahan

1. 500 ml.air soya
2. cincau -potong dadu
3. beberapa ketul ais kiub

Cara menyediakan soya cincau

1. Terlebih dahulu masukkan cincau yang telah dipotong dadu ke dalam jug, kemudian masukkan air soya.
2. Sekiranya anda ingin yang lebih manis boleh di tambahkan air gula.
3. Tambahkan beberapa ais kiub.Sejukkan sebentar dan bolehlah di hidangkan.

0 comments:

Post a Comment