Friday, January 31, 2014


Resepi Kerabu Perut Mangga amat Popular di Negeri kelantan. Hidangan ini boleh didapati di restoran dan menjadi santapan yang amat digemari kerana rasanya enak dan lazat. Penyediaan resepi ini juga amat ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan.

BAHAN-BAHAN

100 gram perut lembu
50 gram udang kering – ditumbuk lumat
1 biji mangga muda – diparut halus
5 biji cili padi – dimayang
3 helai daun limau purut – dimayang
3 biji bawang merah – dimayang
3 batang serai – dimayang
10 gram kacang tanah – goreng – tumbuk
2 sudu jus limau nipis
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara menyediakannya

1. Rebus perut sehingga lembut-kemudian potong kecil.
2. Gaulkan perut bersama bahan yang dimayang sehingga sebati.
3. Masukkan mangga, udang kering, kacang tanah dan gaul sebati
4. Masukkan jus limau, perasakan dengan garam dan gula
5. Gaulkan dan sedia dihidangkan

1 comments: