Sunday, June 4, 2017


Bubur nasi / bubur lambuk antara juadah berbuka yang sering mendapat tempat kerana rasa yang enak dan sedap. Menu ini sering dijadikan menu berbuka disesetengah tempat.

Bubur nasi atau bubur lambuk boleh didapati dengan mudah di bazaar ramadhan dan ianya juga senang disediakan. Berikut adalah resepi bubur nasi dengan daging yang mudah dan sedap.

Bahan-bahan:

400gram daging cincang
2 inci halia
1 pot beras, dicuci
2 sudu besar lada hitam
lada sulah secukup rasa
garam secukup rasa
1/2 cawan santan pekat
air secukupnya
bawang goreng
daun sup, daun bawang

bahan untuk tumis:

2-3 sudu besar rempah sup
4-5 ulas bawang puteh
3-4 ulas bawang merah
minyak untuk menumis

cara menyediakan ;

rebus daging bersama halia dan sedikit garam..masak sehingga empuk, kemudian masukkan beras. Masak sehingga nasi kembang. Tambah air jika perlu.

Selepas itu, masukkan lada hitam, lada sulah, garam dan santan.

Akhir sekali masukkan bawang goreng bagi membangkitkan lagi rasa bubur tadi.

Selamat Mencuba!!


Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

0 comments:

Post a Comment