Sunday, November 3, 2013



Satu lagi menu istimewa orang kelantan, iaitu nasi dagang. Nasi dagang ikan tongkol negeri Kelantan sedikit berbeza dengan Negeri Terengganu kerana Nasi dagang kelantan menggunakan beras 'dagang' sementara nasi dagang terengganu menggunakan campuran beras dan pulut.


Nasi dagang merupakan juadah istimewa di Majlis-majlis keramaian, hari raya dan dijadikan menu sarapan pagi di hotel mahupun di warung-warung kecil di tepi jalan. Nasi dagang biasanya dijadikan sarapan waktu pagi dan tengahari.

Bagi anda yang ingin mencuba resepi ini..saya sertakan resepi nasi dagang istimewa.

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

NASI
  • 5 cawan beras dagang
  • 1/2 tin santan
  • garam dan gula
  • 1 sudu besar halba
  • bawang dan halia (hiris halus2)
  • air

GULAI IKAN TONGKOL
  • 1 tin santan
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia 
  • 4 cm lengkuas } di'blend'
  • 15-20 tangkai cili kering
  • 2-3 sudu besar rempah gulai
  • 6 keping asam keping
  • garam dan gula
  • 5-6 biji cili padi
  • 1 ekor ikan tongkol
  • 1 cm belacan

ACAR 
  • 2 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji lada besar
  • cuka, garam, gula

Cara Menyediakannya:
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga.
  2. Biarkan hingga naik bau dan masukkan cili kisar.
  3. Goreng cili hingga garing dan masukkan bahan-bahan yang diblend. 
  4. Masak hingga garing dan masukkan rempah gulai yang dipeskan.
  5. Masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
  6. Masukkan santan cair dan renihkan hingga kuah mendidih dan kacau selalu.
  7. Masukkan air rebusan ikan dan jus asam jawa.
  8. Masukkan santan pekat dan biarkan mendidih, masukkan gula melaka, garam dan gula. 
  9. Masukkan ikan yang telah direbus semalam dan renih hingga kepekatan yang disukai.
  10. Masukkan cili padi dan masak sekejap dan padamkan api.

0 comments:

Post a Comment