Sunday, November 3, 2013

Resepi masakan Asam Pedas Melaka sememangnya amat popular di Negeri Melaka. Kebanyakkan tempat-tempat makan di Melaka menyajikan masakan asam pedas. Di sini saya ingin berkongsi resepi untuk masakan asam pedas melaka.

Bahan-bahan;
  • ikan pari (atau apa-apa ikan lain)
  • 4-5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • seinci kunyit hidup
  • cili kering blend (2 senduk besar)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • asam jawa
  • bendi
  • daun kesom
Bahan yang dikisar;
  • 1 ulas bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering ( direndam dengan air panas )
  • sedikit halia, lengkuas dan juga belacan
Cara memasak

1 - Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.
2 - Masukkan air asam jawa ke dalam tumisan tersebut dan kacau. Masukkan ikan selepas kuah mendidih.
3 - Masukkan sekali daun limau purut, daun kesum, bendi dan juga serai yang sudah diketuk tadi. masukkan gula dan garam secukup rasa.
4 - Selesai. Hidangan asam pedas ikan pari anda sedia dihidang.

0 comments:

Post a Comment