Sunday, November 3, 2013


Pernahkah anda mendengar tentang "Sotong Sumbat" atau lebih dikenali sebagai ketupat sotong. Sekiranya anda belum pernah mendengar apatah lagi mencubanya!, pasti akan ras teruja untuk mencubanya selepas ini. Sotong Sumbat Pulut amat masyhur sejak zaman berzaman kerana keunikan masakannya dan rasanya yang lazat. 

Bagi anda yang ingin mencuba resepi masakan ini, terus saja ke dapur dan sediakan bahan-bahan ini;


BAHAN-BAHAN :

10 ekor sotong saiz sedang 
6 biji lada hitam 
2 ulas bawang merah
1/2 sudu kecil biji halba
1 cm halia
1 1/2 cawan santan
250 gm pulut - boleh tambah
garam dan gula secukup rasa

CARA MASAK : 

1. Bersihkan sotong
2. Masukkan beras pulut yang telah direndam dengan santan ( pulut direndam selama 1-2 jam) kedalam badan sotong tadi, dan masukkan lebih kurang 1/3 bahagian sotong. Kemudian masukkan kembali kepala sotong, kemaskan dengan menggunakan lidi.
3 Masukkan sotong kedalam periuk yang telah di letakkan santan, gula melaka, gula dan garam..
4.Masukkan daun pandan.
5. Masak sehingga kuahnya menjadi pekat ( gunakan api sederhana )
6. Setelah masak..boleh hidangkan.

0 comments:

Post a Comment