Friday, June 25, 2021

 


Teringin nak makan masak kari ikan Bawal..apa kata cuba resepi ini pasti sedap dan menyelerakan. Untuk resepi ini anda perlukan bahan2 di bawah:

  • 1 ekor ikan bawal
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 tangkai daun kari
  • air asam jawa
  • 1 mangkuk santan
  • sedikit air
  • 2 biji tomato
  • sayur bendi
  • 1 biji cili merah
  • garam secukup rasa
  • Bahan-bahan untuk hiris nipis:
    • 3 biji bawang merah
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
  • Bahan-bahan untuk rempah tumis:
    • 1 batang kayu manis
    • 1 sudu kecil halba campur
    • 2 kuntum bunga lawang
  • Cara-cara

    1. Bancuh serbuk kari bersama serbuk cili dengan sedikit air.
    2. Panaskan minyak, tumis bahan hiris nipis dan bahan rempah tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
    3. Masukkan daun kari dan bancuhan serbuk rempah tadi. Masak sehingga rempah pecah minyak. Tambah sedikit air dan teruskan masak sehingga pecah minyak lagi sekali.
    4. Masukkan air asam jawa dan ikan.
    5. Tutup sekejap kuali supaya ikan masak sedikit.
    6. Masukkan santan, sedikit air, tomato, sayur bendi dan cili merah. Perasakan dengan garam secukupnya.

    1 comments:

    1. Hey, this is a great post, so clear and easy to understand. All your hard work is much appreciated.
      property management malaysia

      ReplyDelete