Saturday, November 2, 2013


Mee Rebus johor merupakan hidangan yang popular di Negeri Johor dan Singapore. Bagi anda yang berkunjung ke Johor ! jangan lupa merasai sendiri keenakan mee rebus johor. Sekiranya anda tak berkesempatan ke Johor, anda bolehlah memasaknya sendiri. Berikut adalah resepinya;

Bahan-bahan A


  • 1 kg mee kuning (dicelur)
  • 300 gram tauge segar (dicelur)
  • 3 keping tauhu (digoreng&dipotong)
  • 3 biji telur rebus (dibelah 2)
  • cili hijau -dihiris
  • daun sup / saleri
  • bawang goreng
  • limau kasturi (jus shj)
  • kicap masih

Bahan-bahan B (dikisar )


  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah besar
  • 100 gram cili kisar atau giling
  • Sedikit Halia
  • 3 batang serai
  • Sedikit lengkuas
  • 1 biji buah keras
  • sedikit lengkuas muda

Bahan-bahan C (untuk kuah)


  • 4 sudu makan rempah daging
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 100 gram udang kering ( direndam dan dikisar)
  • 250 gram keledek/ ubi (direbus dan dibuang kulit, dilenyek )
  • 200 gram daging kisar (direbus)
  • 200 gram isi udang (dikisar)
  • 125 ml air asam jawa
  • 1 liter air
  • garam dan gula secukup rasa


 Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumis rempah kari dan serbuk ketumbar sehingga garing.
  2. Masukkan bahan kisar (B), kacau/aduk hingga sebati dan garing.
  3. Kemudian masukkan air, ubi keledek, daging kisar/giling dan isi udang, kacau/aduk sehingga mendidih.
  4. Setelah itu masukkan air asam jawa, garam, gula dan bahan perasa secukupnya, kacau lagi hingga rata dan kuah menjadi pekat.
  5. Masukkan mee ke dalam mangkuk, dan tuangkan kuah.
  6. Hiaskan dengan tauge, tauhu, telur rebus, cili hijau, daun sup/saleri, bawang goreng dan limau kasturi.
  7. Sedia untuk disajikan.
Saiz hidangan untuk 6 orang

0 comments:

Post a Comment