Tuesday, May 30, 2017


Assalamualaikum..selamat menyambut ramadhan al-mubarak semoga rakan-rakan blog dilimpahi Rahmat. Dalam menyambut bulan puasa pastinya juadah berbuka antara yang menjadi perhatian dikalangan kita rakyat Malaysia.

Seharian berpuasa menahan diri daripada lapar dan dahaga, saat berbuka pastinya saat yang paling gembira. Menu berbuka puasa antara carian popular sepanjang bulan puasa. Apa kata hari ini kita cuba masak ikan percik..menu tradisi nenek moyang kita.

Resepinya agak mudah Dan senang didapati.

Bahan-Bahan :-

6 ekor ikan lolong / ikan kembung ( atau mana2 yang anda suka)

2 ulas bawang merah *

sedikit halia *

1 batang serai (diketuk2)

1 paket santan

2 keping asam keping

1 sudu kecil garam

1 sudu besar gula

1 sudu serbuk kunyit

2 cili kering *

{* - bahan kisar}

Cara menyediakan ikan bakar ala Kelantan ;

Ikan yang telah dibersihkan dikelar dan dilumurkan dengan garam dan kunyit. Bakar ikan sehingga masak.

Sementara itu, masak santan bersama dengan bahan kisar,asam keping, garam dan gula sehingga pekat.

Setelah ikan dah masak, balikkan ikan tersebut dan lumurkan lagi dengan kuah percik, setelah kuah percik dilumurkan semua..angkat dan bolehlah dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment