Wednesday, January 4, 2017


Masakan tradisi gulai kuning sememangnya popular disebelah pantai Timur terutamanya Kelantan dan terengganu.

Masakan ini sememangnya sesuai dijadikan juadah diwaktu pagi, dan menjadi menu utama digerai2 makan. Rasanya yang enak sesuai dimakan bersama nasi putih dan sambal. Berikut adalah resepi ikan kembung gulai kuning.

bahan-bahan;

1.Ikan kembung 2 ekor-potong dua
2.Timun batang 2 biji- dibelah dua dan hiris kecil..boleh juga dimasukkan kacang panjang.
3.bawang merah - dikisar
4. kunyit - dikisar
5. 2 hiris lengkuas- dikisar
6. asam keping
7. 3-4 biji cili padi
8. 2 cawan santan

cara menyediakan;

Masukkan santan sekali dengan bahan2 kisar dan juga asam keping. Panaskan sehingga mendidih- kemudian masukkan garam,  ikan dan juga timun batang.
Masak jangan terlalu lama takut ikan hancur, sambil- sambil tu kena kacau supaya masak pekat sekata

hidangkan bersama nasi putih. Selamat mencuba
Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

0 comments:

Post a Comment