Thursday, January 30, 2014


Daging masak singgang amat digemari di Negeri Cik Siti Wan Kembang..Walaupun resepi ini amat simple namun rasanya yang lazat dan tidak muak menyebabkan ianya menjadi antara resepi yang popular.

Bahan-bahan untuk menyediakan daging singgang

300 gram daging batang pinang ( sememangnya daging ini lembut dan sesuai)
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah@ 1/4biji bawang besar
2 sudu besar ketumbar
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup atau kunyit serbuk
1 sudu kecil lada hitam
1 keping asam gelugor
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 tangkai lada kering
 garam secukup rasa
2 sudu kecil jintan manis

Cara-cara Menyediakannya


1. Hiris daging -potong nipis, basuh dan toskan. 
2. Selepas itu tumbuk ketumbar, lengkuas, halia, kunyit hidup, bawang merah, lada hitam, lada kering dan jintanmanis. ( gunakan alu lesung)
3. Bahan-bahan yang ditumbuk tadi, kemudiannya dimasukkan bersama daging, kulit kayu manis dan buah pelaga.
4. Masukkan air - rebus sehingga daging menjadi empuk (tambahkan air sekiranya daging belum empuk). Kemudian masukkan asam gelugor dan sesuaikan rasa, masukkan garam.
5. Renehkan daging singgang selama 20 minit dan sehingga terbit minyak.

Setelah masak bolehlah dimakan bersama nasi putih, tambah pula dengan ulam-ulaman dicicah dengan budu.. Pasti menyelerakan!

0 comments:

Post a Comment