Friday, February 6, 2015


Bagi anda yang teringin nak makan laksa penang buatan sendiri, bolehlah cuba resepi berikut..Resepi Ringkas Laksa Penang..Resepi ini amat ringkas dan mudah disediakan

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

1-2 paket laksa segera 

Bahan kuah laksa :

1 kg ikan kembung
3-4 ulas asam keping
1/2 labu bawang besar
7-10 ulas bawang merah
5-6 ulas bawang putih
3-4 cm halia
10-12 sudu makan cili giling
7-10 biji cili padi
1/2 cawan air asam jawa
3 cm belacan
segenggam daun kesum
1 batang bunga kantan
garam secukup rasa

Bahan ulam laksa :

2/3 biji telur dibelah dua
1 biji cili merah dan cili hijau dihirs
1/2 labu bawang besar dihiris
1/2 biji nanas - sekiranya anda sukankan nenas
1 batang timun - dihiris memanjang
5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
4-5 helai daun salad - dihiris

Cara-cara menyediakannya

1. Bagi laksa paket - rendam dahulu dengan air sekurang-kurang 1/2 jam barulah direbus dan ditoskan.
2. Untuk menyediakan kuah laksa..ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam - kemudian asingkan.
3. Setelah itu kisar ikan hingga hancur, kemudian masukan ke dalam air rebusan tadi..
4. Bahan-bahan lain yang perlu dikisar seperti bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi dan halia. Masukkan bahan ini kedalam kisaran yang pertama tadi - panaskan
5. kemudian masukkan Masukkan cili giling, belacan dan air asam jawa.
6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.

Kacau perlahan-lahan, masak sehingga mendidih. Akhir sekali masukkan sedikit garam...sekarang hidangan siap untuk dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment