Assalamualaikum, bertemu kembali dalam blog pautan resepi. Setelah sekian lama tak update blog pautan resepi, rasa rindu pula dengan dunia blog..Malam ni saya ingin berkongsi resepi istimewa Ayam Masak Black Papper. Hidangan ini amat mudah disediakan dan amat ringkas..Sambil layan Maharajalawak Mega, bolehlah sediakan bahan-bahan berikut
Bahan-bahan ( untuk 2 orang makan )
6 ketul ayam - dipotong kecil
serbuk kunyit
bunga kubis
1 labu bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk
1/2 inci halia
1 biji tomato - di potong dadu ( jika mahu )
4 tangkai cili padi - diketuk
2 sudu sos black papper
sedikit garam dan gula
Cara-cara menyediakannya
1. Mula-mula perap ayam dengan sedikit garam dan kunyit
2. Panaskan kuali - masukkan minyak, goreng ayam tadi bersama bawang putih, halia dan bawang besar.
3. Kemudian masukkan cili padi, tomato, dan sos black papper.
4. Kacau seketika, setelah itu masukkan bunga kubis, sedikit garam dan gula.
Setelah siap, hidangkan bersama nasi putih..Selamat mencuba!
0 comments:
Post a Comment