Resepi Puding Jagung Kastard
Puding jagung kastard antara resepi popular sepanjang tahun 2013. Resepi ini amat mudah disediakan dan menjadi hidangan minum petang yang menyelerakan
Bahan-Bahan Untuk Puding Jagung:
1 cawan tepung kastard 3 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula 1 tin susu cair 1 tin jagung krim
2 1/2 cawan air
Cara-cara menyediakannya;
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau, kemudian letakkannya di atas api sambil sentiasa dikacau hingga puding likat dan berkilat. Akhir sekali masukkan ke dalam acuan- biarkan ia sejuk dulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Bahan-Bahan Untuk Kuah Kastard:
1 tin susu cair 1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung kastard
1 biji telur 2 gelas air
7 sudu besar gula
Cara-Caranya:
Campurkan semua bahan ke dalam periu-Kacau sehingga sebati, reneh atas api sederhana sambil kacau perlahan-lahan. Setelah itu Padam api dan sejukkan seketika.
Hidangkan puding jagung bersama kuah kastard. Boleh juga dihiaskan dengan buah- buahan cocktail.
0 comments:
Post a Comment