Thursday, January 30, 2014


Bahan-bahan (2 gelas)
3 ucang teh (Lipton) atau mana-mana ucang teh yang anda suka
3 keping gula melaka
1/2 tin susu cair (F&N)
Sedikit air
Ais
Cara-cara menyediakan teh ais 3 layer
  1. Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika.
  2. Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula melaka hancur dan sebati.
  3. Masukkan air gula melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
  4. Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka. Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
  5. Masukkan air teh dengan perlahan-lahan. Siap untuk diminum!

0 comments:

Post a Comment