Thursday, January 30, 2014


Bagi anda yang mengemari masakan ala thai, apa kata kita cuba masak ayam Paprik..Sememangnya membuka selera!. 

Bahan-bahan :

Daging ayam di potong kecil 
1 biji bwg besar - dipotong.

1 biji bawang besar di mesin dgn 3 ulas bwg putih.
3 sudu cili mesin
2 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato
1 sudu kicap
sedikit daun limau purut.
2 btg serai dihiris atau diketuk sahaja
Sayur ( kacang panjang, bunga kobis, carrot dll)
1 sudu tepung jagung + 3 sudu air.

Cara membuat

1 Panaskan 3 sudu minyak, tumiskan bawang dan cili mesin hingga pecah minyak.
2 Masukkan ayam dan kacau sebentar.
3 Masukkan semua jenis sos dan 2 mangkuk air.
4 Biarkan sehingga ayam masak.
5 Masukkan sayur dan bancuhan tepung jagung utk memekatkan sedikit kuah.


Selamat mencuba!
30 Jan 2014

0 comments:

Post a Comment

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.