Friday, November 1, 2019


Air Jus Buah #DragonFruitMix yang viral ini sememangnya sedap dan mengiurkan sesiapa sahaja yang melihatnya, apatah lagi yang sudah mencubanya. Campuran pelbagai jenis buah-buahan segar menjadi faktor ianya sedap dan terangkat!!..Apa kata kita cuba buat resepi Air jus viral ini.
Bahan-Bahan yang diperlukan ialah:
>>Tembikai (sepotong )- potong dadu >>Buah Naga (1 biji ): potong dadu >>Manga ( 1 biji ): potong dadu >>laici dalam tin ( 1 tin) >>Susu Cair ( 1/2 tin ) >>Susu Pekat ( 1/2 tin)
>>ais kiub

Cara menyediakannya:
>>Cara menyediakannya amat mudah dan ringkas, anda hanya perlu campurkan semua jenis buah-buahan yang telah dipotong dadu. Kemudian masukkan laici dalam tin diikuti Susu cair, susu pekat dan ais kiub.


>> Nah, minuman kegemaran ramai kini siap untuk dinikmati bersama keluarga atau dijadikan potluck! selamat mencuba

0 comments:

Post a Comment