Thursday, October 24, 2019


Assalamualaikum..bertemu kembali dalam pautan resepi, hari ini saya ingin berkongsi rendang ayam mudah untuk sajian ringkas..sedap kalau pekena dengan lemang.

Antara bahan yang diperlukan;

1. Ayam (sekor)
2. 2 Cawan santan pekat..
3. 2 sudu kerisik
4. 2 keping asam
5. sedikit daun kunyit- hiris halus
6. sedikit daun limau purut - hiris kasar


Bahan kisar

1. 2 biji bawang besar
2. 9 ulas bawang putih
3. 3 ulas bawang merah
4. 3 batang serai
5. 3 inci kunyit, lengkuas dan halia


Cara memasak:

Tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak, kemudian masukkan santan dan ayam ..kacau seketika, masukan garam kerisik, asam keping, daun kunyit dan daun limau purut.

itu sahaja..tunggu sehingga masak.

Senangkan!!

0 comments:

Post a Comment