Thursday, October 23, 2014


Hari ini Pautanresepi ingin berkongsi resepi Kek Coklat Mousse yang lazat dan popular. Kek coklat yang berkream ini sememangnya sedap dan sesuai dijadikan menu semasa sambutan hari jadi dan sebagainya.

Bahan-bahan

4 biji telur (gred A)
125 gram gula kastor
150 gram tepung kek
25 gram serbuk koko
50 gram air
12 gram supersponge
3 gram serbuk penaik
60gram mentega cair
Garam secukup rasa

Bahan2 Mousse

100 gram serbuk coklat Mousse
100 gram air
330 gram Whipping Cream – untuk topping

Hiasan
Buahan segar/ coklat

Cara menyediakan kek coklat mousse

1. Masukkan semua bahan seperti telur, gula, garam, air ovalet ke dalam mangkuk adunan-pukul dengan kelajuan sederhana. (30 saat)

2. Masukkan tepung yg telah diayak dengan sebuk penaik dan serbuk koko – pukul hingga gebu

3. Kemudian masukkan mentega cair –pukul sehingga sebati.

4. Setelah itu masukkan ke dalam acuan – bakar pada suhu 175’C-180’C (lebih kurang 40 minit)

5. Selepas kek masak – biarkan kek rest dulu > sementara itu sediakan bahan untuk Mousse.

Bahan-bahan mousse

1.Pukul bahan mousse sehingga gebu.

Kemudian potong kek kepada tiga bahagian..setiap lapis kek diisi dengan adunan mousse tadi.Setelah selesai – tuangkan coklat cair atas kek tadi..

Selamat mencuba !

0 comments:

Post a Comment