Wednesday, October 22, 2014


Sup ekor sangat digemari oleh masyarakat melayu dan sering dijadikan menu menarik direstoran dan gerai makan. Bagi anda yang sukakan sup ekor bolehlah cuba sendiri resepi sup ekor masak halia di rumah.

Bahan-bahan

1 kg ekor lembu
2 biji bawang besar
Sedikit halis*
5cm lengkuas*
5 tangkai cili padi*
2 batang serai*
2-3 biji tomato dibelah empat
Air rebusan ekor lembu
Serbuk perasa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

(* - diketuk )

Cara menyediakan sup ekor;

1. Panaskan minyak- tumis bawang, bahan-bahan yang diketuk itu tadi bersama perencah sup tulang ( adabi, cik siti atau mana-mana yg anda suka)

2. Kemudian masukkan ekor lembu yang telah direbus –masukkan air rebusan dan biarkan ia mendidih.

3. Selepas itu masukkan pula serai dan tomato

4.Last sekali masukkan perasa, garam dan gula.

5.Hidangkan bersama nasi putih, telur dadar..pasti menyelerakan.


Hiaskan dengan bawang goreng,  daun bawang dan daun sup..

0 comments:

Post a Comment