Monday, September 1, 2014


Bagi anda yang berkunjung ke Johor, tak sah kalau anda tidak mencuba Mee Bandung Muar yang Istimewa dan menjadi tarikan masyarakat pelbagai bangsa yang berkunjung ke sana. Bagi yang tak berkesempatan..bolehlah mencubanya sendiri

Bahan-bahan A ( dikisar halus )

2 batang cili padi
15ml kacang tanah (digoreng)
15ml udang kering
30 ml bawang goreng

Bahan-bahan B

100 gm daging (dihiris)
100 gm mi kuning
500 ml air
50 gm sawi
1 biji telur
30 ml sos cili

tambahkan udang segar sekira mahu..

Cara Menyediakannya

1. Rebuskan daging sehingga ia jadi empuk.
2. Masukkan pula bahan-bahan A ke dalam rebusan daging tadi.
3. Masukkan sos cili, mee dan sayur sawi - kemudian tambah bahan perisa
4. Akhir sekali, masukkan pula telur ke dalam kuah tadi sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment