Dalgona Milo Istimewa bulan puasa
Nak cuba rasa minuman sedap Dalgona Milo? Jom terjah ke dapur dan hasilkan sendiri Dalgona Milo. Bagi yang gemarkan nescafe just ganti je.
Bahan-bahan yang diperlukan:
2 sudu besar milo
2 sudu gula perang / gula biasa
2 sudu air panas
Hujung sudu ovalet
Ais
Susu segar
Cara-caranya:
1. Pukulkan campuran milo, gula, air panas dan ovalet. Pukul menggunakan whisk/mixer sehingga kembang.
2. Letakkan ais, kemudian tuangkan susu.
3. Dan kemudian letakkan campuran milo tadi di atas!
4. Hiaskan mengikut kreativiti anda!
Dah siap minuman kegemaran ramai Dalgona Milo..
tips; Ovalet boleh didapati dengan mudah dikedai kek. Ovalet berbentuk pes atau pekatan berwarna kuning dan boleh didapati di kedai menjual bahan-bahan kek.
Ia selalu digunakan untuk membuat kek span dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
Sumber: Twitter, Facebook.
0 comments:
Post a Comment