Tuesday, October 21, 2014


Durian Belanda atau Soursop merupakan sejenis buah yang baik untuk kesihatan dan dipercayai boleh merawat penyakit kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah (bagi yang mengalami darah tinggi) dan banyak lagi khasiat.

Hari ini, apa kata kita cuba hasilkan Jus Durian Belanda yang enak, lazat dan berkhasiat ini.

Bahan-bahan yang diperlukan seperti;

  1. 500g isi durian belanda - seeloknya yang masak dan segar.
  2. Sedikit ais kiub
  3. 2.5 liter air masak
  4. Gula secukupnya
  5. Sedikit perahan lemon / limau nipis


Cara meyediakan:

1) Kisarkan isi durian belanda bersama gula, ais kiub dan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
2) Tuangkan bahan kisaran ke dalam bekas yang besar dan campurkan bersama baki air tadi.
3) Perahkan sedikit lemon kedalam jus yang telah dikisar tadi. Hidangkan semasa sejuk.

Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment