Monday, July 14, 2014


Alhamdulillah, kita sekarang berada di Pertengahan bulan Ramadhan al-mubarak. Bulan di mana Allah menjanjikan rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka. Sama-samalah kita menggandakan amalan di bulan yang penuh mulia dan barakah ini.

Baiklah, untuk hari ini apa kata kita cuba resepi tradisi Asam Pedas Ikan Kembung untuk juadah berbuka puasa. Bahan-bahannya amat ringkas dan boleh didapati dengan mudah.

Bahan-bahannya;

1kg ikan kembung - dibersihkan 
1 sudu teh halba campur
3 tangkai daun kesum
300 ml air asam jawa
minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa

Untuk dikisar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sm halia
1 sm kunyit hidup (boleh juga yang serbuk)
1 batang serai
20 tangkai cili kering

Cara menyediakannya;
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan halba campur sehingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan bahan yang telah dikisar tadi - tumis sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan air asam jawa dan masukkan daun kesum- biarkan ia mendidih.
4. Setelah itu barulah masukkan ikan kembung, garam secukup rasa dan biarkan ikan masak..

selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment