Blog Pautan Resepi ingin berkongsi satu resepi yang sememangnya digemari dan disukai ramai terutamanya ketika majlis kenduri kahwin, keramaian, hari raya dan sebagainya. Ayam masak merah berempah sememangnya enak bila dimakan bersama nasi putih. Bagi saya, makan begitu saja pun sodap.
Bagi sesiapa yang nak mencuba resepi ini, apa kata kita cuba sendiri resepi ayam masak merah berempah. Selamat mencuba!
Bahan-bahan A:
600gm ayam dipotong kecil
200gm badam dikisar
5 ulas bawang merah dimayang nipis3 ulas bawang putih dimayang nipis
2sm halia
2 biji bawang besar dipotong bulat
1/2 cawan kacang pis
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Bahan B:
1 kayu manis
2 kumtum bunga lawang
3 kumtum bunga cengkih
2 biji pelaga
Bahan C:
5 sudu makan rempah kurma
5 sudu makan cili sos
5 sudu makan tomato puri
Cara menyediakan:
1. Perap ayam bersama bahan C selama 30 minit dan ketepikan.
2. Panaskan empat sudu makan minyak kemudian tumis bahan-bahan yang dimayang dan bahan B sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam yang diperap dan didihkan sehingga ayam empuk.
4. Kemudian masukkan kacang pis, badam dan bawang besar.
5. Kacau rata dan biarkan memdidih sehingga semua bahan sebati dan pekat.
6. Perasakan garam dan gula secukup rasa dan angkat.
0 comments:
Post a Comment