Tuesday, March 31, 2020


Assalamualaikum,  kali ini saya ingin berkongsi  resepi ringkas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Antaranya ialah roti Resepi Arab. Bahan yang diperlukan amat ringkas, cepat dan yang penting mudah disediakan

Resepi Roti Arab

Bahan-bahan

500 gm tepung gandum
1 sudu yis
1 sudu susu tepung
2 sudu butter
2 sudu gula
1 biji telor
1 cawan air
Garam

Cara menyediakan roti Arab

Langkah 1: Satukan semua bahan dah uli sehingga elastik (Biarkan seketika supaya adunan itu kembang)

Langkah 2: Tumbuk adunan tadi untuk buang udara dalam adunan ( bahagikan adunan kepada 10 bahagian)  bentukkan bulat2 ikut besar mana kita nak.

Langkah 3: Canai dan rehatkan atas dulang pembakar selama 10 minit.
(Masa canai tu tabur sikit tepung supaya tidak melekat, dulang tu sapu sikit butter atau minyak)

Langkah 4: Bakar dalam suhu 150c selama 20 minit

Ok dah Siap!

sesuai dimakan bersama gulai atau susu

Sumber facebook

0 comments:

Post a Comment