Tuesday, December 15, 2015


Inginkan Resipi kek coklat kukus yang moist ??.ikuti tips dan panduan mudah untuk menyediakan Kek Coklat Kukus yang enak ini!

Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus:

1.Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.

2.Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.

3. Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.

4. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

5. Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.

2 comments: