Wednesday, May 13, 2015



Bubur sagu sememangnya menjadi makanan tradisi turun temurun yang menjadi juadah istimewa terutamanya di bulan puasa dan menu ini senang didapati terutamanya di negeri Kelantan. Rasa yang lemak manis menjadi sebab ianya sangat digemari..untuk menyediakan menu ini, apa yang anda perlukan ialah..

BAHAN-BAHAN:

150gm biji sagu
480ml air | untuk rendaman sagu
250ml santan pekat
200ml santan cair
100gm gula pasir
1sm halia | dihiris halus
2 helai daun pandan
¼ sudu teh garam
Sedikit pewarna merah


Cara menyediakannya

1. terlebih dahulu rendam biji sagu di dalam mangkuk selama sejam.
2. Sediakan periuk, masukkan rendaman biji sagu dan sedikit pewarna merah. Kacau sehingga berubah menjadi jernih.
3. Kemudian, campurkan garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi dan sejukkan di dalam sebuah bekas, ketepikan.
4. Dalam periuk lain, masukkan santan cair diikuti dengan santan pekat.
5. Kemudian, letakkan garam dan gula. Kacau hingga pekat dan mendidih.
6. Potong sagu dan hidangkan bersama kuah santan. 

Hidangkan ketika sejuk..boleh juga disimpan didalam peti ais, untuk mengekalkan rasanya yang enak dan lazat. Selamat mencuba!

1 comments: