Monday, July 14, 2014


Puding Roti Bakar antara resepi yang menjadi kegemaran kanak-kanak kerana rasanya yang lazat ditambah pula dengan kismis dan susu segar menjadinya menu pembuka selera yang mesti dicuba.

Bahan-bahan yang diperlukan

9 Keping roti - Gardenia / mana-mana yang anda suka-dikoyak-koyak
2 sudu besar butter
3 sudu besar kismis

Bahan A
2 Cawan susu segar
4 sudu gula halus
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara menyediakannya;
  1. Masukkan semua bahan A ke dalam satu bekas. Masukkan roti yang dikoyak ke dalam bekas tadi dan biarkan terendam seketika.
  2.  Butter dicairkan dan dimasukkan ke dalam adunan tadi bersama separuh kismis. Gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak. Baki kismis ditabur ke atas adunan.
  4. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan

1 comments:

  1. Segera daftarkan diri anda dan bermainlah di Agen Poker, Domino, Ceme dan capsa Susun Nomor Satu di Indonesia AGENPOKER(COM)
    Jadilah jutawan hanya dengan modal 10.000 rupiah sekarang juga !

    ReplyDelete