Friday, May 30, 2014


Ayam masak lemon sememangnya popular dikalangan masyarakat cina dan menu ini kian digemari oleh masyarakat Malaysia khususnya melayu. Sajian ini boleh didapati direstoran-restoran dan menjadi hidangan kegemaran kerana rasanya yang lazat dan enak. 

Bahan-Bahan:
1kg ayam (potong Kecil) - Seeloknya ambil bahagian yg tiada tulang
2 sudu kicap 
1/4 sudu kecil lada putih
sedikit garam

bahan2 untuk salutan ayam (digoreng)
2 biji telur
2 1/2 sudu besar tepung jagung
1/2  sudu kecil baking powder
sedikit lada putih
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara mengoreng;

1. Pukul telur sehingga kembang, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit- letak sedikit garam dan lada putih 
2. masukkan ayam yang telah diperap dengan kicap, lada putih dan garam
3.goreng sehingga warna-bertukar keemasan.

Bahan-bahan untuk sos Lemon:
75 gm gula
1 cawan (250ml) stok ayam
11/2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar jus lemon
1/2 sudu kecil garam
hirisan lemon yang telah dikupas kulit
2 sudu besar minyak
sedikit pewarna kuning

Cara-cara menyediakannya
1. Adunkan 75gm gula, 1 cawan stok ayam, 1.5 sudu besar tepung jagung, 2 sudu besar jus lemon, 1/2 sudu kecil garam dan pewarna dua /tiga titis dan adunkan dengan baik semua bahan-bahan ini. Masukkan juga tiga hirisan lemon tadi.

2. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali dan masukkan adunan tadi. Panaskan kuali dengan api kecil dan kacau adunan itu sehingga sos anda menjadi jernih.

Selamat mencuba

3 comments:

  1. My fren fav
    ...tq for recipe. Boleh try home made.

    Visit me back : hudakassim.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Boleh aje..tq kerana mengunjngi blog sy

    ReplyDelete