Wednesday, November 19, 2014


Bagi anda yang menggemari masakan ala cina, pastinya anda rindukan masakan special butter prawn yang enak dan lazat. Butter prawn memang sedap kalau dimakan dengan nasi putih dengan tomyam..fuhh memang terangkat. Apa kata kita cuba hasilkan menu masakan enak ini sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan

100 gram butter 
1 sudu teh serbuk kunyit
4 biji telur (diambil yg kuning sahaja)- dipukul sedikit
500 gram udang 
4 ulas bawang putih
6 biji cili padi-ditumbuk 
sedikit daun kari
sedikit serbuk kari 
5 sudu susu cair
garam secukup rasa

Cara-cara menyediakannya:

1. Panaskan kuali dengan api sederhana- masukkan butter diikuti kuning telur (pastikan butter telah cair baru masukkan kuning telur) - masukkan telur dari atas, sedikit demi sedikit sambil itu kacau dengan garfu bagi hasil yang cantik..

2. Kemudian masukkan serbuk kunyit kacau sehingga rata- setelah telur nampak kekuningan, bolehlah diangkat dengan menggunakan penapis besi..ambil telurnya sahaja.

3. Untuk rempahnya pula, panaskan minyak tumis bawang putih, cili padi yang telah ditumbuk - tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air, diikuti susu cair.

4. Sekarang masukkan udang, daun kari dan sebahagian telur yang telah ditoskan tadi. Masukkan sedikit garam dan kacau hingga rata.

Telur yang selebihnya digunakan sebagai hiasan..

Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment